Categories: Berita Uncategorized

“You Can Go To Heaven Daddy,”- Terima Surat Dari Anak, Perkongsian Zahiril Adzim Ini Buat Netizen Tersentuh

Share

Pelakon, Zahiril Adzim ada berkongsi sepotong surat yang ditulis oleh anaknya, Anaqi di laman Instagram.

Dalam surat tersebut, Anaqi memberi tahu bapanya itu seorang yang sangat baik malah dia turut berdoa semoga bapanya itu ditempatkan di syurga kelak.

“Alaa, Allahumma Ameen. Thank you buddy, we all gonna go into heaven, InsyaAllah. Kita doa untuk ibu bapa kita, anak-anak akan doa untuk kita,” tulisnya.

Tambah Zahiril, jika kita selalu panjatkan doa untuk orang tua kita, anak-anak kita juga akan turut melakukan hal yang sama.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Zahiril membesarkan anak selain turut menyifatkan Anaqi sebagai seorang yang comel.

Alahai, comel betul Anaqi ni ye! Kecil-kecil dah pandai doakan untuk ibu dan ayah.

MH doakan semoga Anaqi membesar menjadi anak yang soleh dan patuh terhadap ibu dan ayah.

Foto: Zahuril Adzim

IKLAN