Pergh, bukan senang jadi seorang pengulas berita, lagi pula saat-saat genting seperti malam tadi sehingga awal pagi ini.

Bayangkan semua pengacara, pembaca berita serta pengulas politik terpaksa bersengkang mata demi menyajikan update-update terkini berkenaan PRU14 kepada penonton.

Salah satu siaran yang mendapat pujian netizen adalah Astro Awani. Rata-rata terkejut dan memuji siaran tersebut di media sosial masing-masing.

IKLAN

IKLAN

Bukan sahaja mereka berjaya mencuri perhatian dengan berlaku telus dan adil ketika mengulas berita tetapi mereka juga bermain dengan soalan-soalan serta topik yang sangat menarik sehinggakan orang ramai tidak jemu mendengar dan membuatkan penonton lebih teruja!

Malah, pengulas-pengulas politik yang dibawa turut mendapat pujian kerana berani menyuarakan perkara yang benar sepanjang bersiaran secara live.

IKLAN

Malah isu ini turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit Michael Ang…

Uish, MH tak boleh bayangkan macam mana seorang pengacara boleh mengawal perhatian penonton selama 12 jam tanpa henti seperti apa yang telah mereka lakukan.

Apapun bukan sahaja Awani, MH turut memuji siaran televisyen yang lain turut bekerjasama menyampaikan update-update terkini kepada penonton! GOOD JOB GUYS!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI