Categories: Berita

“Yes, I’m A Proud Muslim,” – Gara-Gara Bermain Dengan Anak Anjing, Ada Persoal Status Afgan, Ini Penjelasan Tuan Badan

Share

Baru-baru ini, penyanyi, Afgan ada memuat naik sepotong video di aplikasi Tik Tok seterusnya berkongsi aktiviti hariannya bersama para peminat.

Video tersebut memaparkan Afgan memulakan harinya dengan menikmati segelas minuman kesihatan dan turut dirakam bermain bersama seekor anak anjing.

Bagaimanapun, berkenaan ternyata mengundang tanda tanya netizen hingga ada yang mempertikai tindakan penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu.

Malah, ada di antara mereka yang turut mempersoal status Afgan sebagai seorang penganut agama Islam.

Tidak mahu isu dibiar berpanjangan, Afgan secara profesional tampil memberikan penjelasan.

“Yes, I’m a proud moslem but now there’s this thing called sabun tanah.

“You can wash it up with it if and when the dog accidentally licking you or something. So all good,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selepas mendengar penjelasan daripada Afgan itu.

Sehingga kini video berdurasi 15 saat itu telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di samping kira-kira 40,000 tanda suka.

Sumber: Instagram Afgansyah.Reza

IKLAN