“Yem Nak Jadi Abang Long,” – Tayang ‘Baby Bump’ Nad Zainal Umum Hamil Anak Kedua, Tahniah!

Share

Pelakon, Nad Zainal ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

“Bismillahirahmanirrahim my 9 months journey begins YEM NAK JADI ABANG LONG @9months_maternity,” tulisnya.

Sekadar informasi, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fahad Ibrahim, 4 tahun hasil perkongsian hidup berdua.

Tahniah buat Nad dan suami!

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN