“Yeah I Did It,” – Di Usia 40-An, Zahida Rafik Berjaya Buat Zip-Lining, Kagum Dengan Semangatnya!

Share

Pelakon, Zahida Rafik berkongsi video dia berjaya melakukan sukan lasak, Zip-Line saat bercuti di Kazakhstan.

Turut menyertai sesi percutiannya kali ini ialah kawan-kawan terdekat.

Menurut Zahida, dia berjaya mengatasi fobianya terhadap ketinggian saat melakukan perkara tersebut.

“Yehhhhhhh i did it. #fightingmyfobia #throwingawaymyfear #puashati,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Zahida juga turut berkongsi video sebelum dia melakukan sukan tersebut serta dibantu rakan selebriti, Datin Seri Umie Aida.

“Took us 30min to get to the zip lining cable,we struggle going up becoz of kasut we all tak proper, we all fall down few times but we managed to sampai to the cable.

“And can u guys image i ada anxiety, I develop it few years ago, somehow its run in the family, i became takut tinggi like

crzy and so many other thngs. I have to psycho my mind to do it with the help of my bby @umieaida9 yg banyak membantu in her own way.

“Tq sooo much bby. I am a different person now.. Oh yes bukan zip lining jer i buat, i did paragliding and hot air ballon, well done ZR.

“I will post the video soon, u guys can hear me menjerit like crazy, but it was such a relief… #ifightmyfear #letsfighttogether,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, netizen tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Mami Jarum itu.

Apa-apapun, syabas MH ucapkan buat Zahida. Bukan mudah nak hadapi fobia, setengah orang akan terus ‘give up’ tapi dia berjaya mengatasinya. Tahniah!

Foto/Instagram: Zahida Rafik

IKLAN