Sudah lama kita tidak mendengar mengenai pelakon dan pengacara Haryati Hamzah binti atau lebih mesra dipanggil Yatt.

Hasil perkongsian hidup Yatt dan suami, Mohammad Zulfadhli Khairuddin, kini Yatt memberitahu berita gembira yang dia sedang sedang hamil anak ketiga.

Yatt Hamzah Terpaksa Merahsiakan Kehamilan Anak Ketiga

Bagaimanapun, berikutan usia anak keduanya itu baru sahaja memasuki lapan bulan, dia terpaksa mengambil masa untuk memberitahu mengenai kehamilannya yang ketiga.

“Alhamdulillah, baru tiga bulan, saya dapat tahu masa kandungan dua bulan tapi saya diam sahaja dan tidak mahu beritahu siapa-siapa kerana masih terlalu awal,” katanya.

Pelakon berusia 37 itu juga berkata, ketika dia hamil, anak keduanya, Iqlima masih berusia tujuh bulan dan dia merasa kasihan kepada Iqlima sekiranya orang akan memberikan tumpuan kepada kandungannya.

IKLAN

Pada usia Iqlima sudah menginjak lapan bulan, barulah Yatt bersedia berkongsi berita gembira ini kepada umum.

Tambah Yatt, dia juga tidak  mengalami sebarang alahan dan mengidam seperti kebiasaan wanita mengandung, sebaliknya mengakui sering merasa lapar.

IKLAN

“Semua berjalan lancar dan saya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam makanan yang pelik-pelik. Cuma saya kuat makan sahaja mungkin juga kerana saya masih menyusukan anak kecil saya,” ujarnya.

Bertanya mengenai jantina, Yatt dan suami berkata bahawa mereka tidak kisah mengenai jantina anak ketiga mereka, dan hanya berserah kepada rezeki yang diberikan.

Namun, suaminya berharap mendapat cahaya mata lelaki oleh kerana dia sudah mempunyai dua anak perempuan.

IKLAN

“Saya tidak kisah asalkan cukup sifat dan sihat. Suami pula berharap kali ini kami dapat anak lelaki,” ujarnya.

Ini merupakan perkahwinan keduanya bersama juruvideo pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima pada 27 Disember tahun lalu.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009, namun bercerai pada 25 Ogos 2015, hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan Suci Hanania Malika yang kini berusia 7 tahun.

Yatt Hamzah Terpaksa Merahsiakan Kehamilan Anak Ketiga

Tahniah diucapkan dan semoga Yatt serta bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI