Yatt Hamzah Alami Detik Cemas, Anak Terjatuh Sampai Bercucuran Darah Di Dahi

Share

Pelakon, Yatt Hamzah berdepan situasi cemas selepas anak ketiganya, Suci Hayfa Medina terjatuh sewaktu sedang bermain di kediamannya.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan Medina mengalami kecederaan luka kecil di bahagian dahi kepalanya.

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, turut kelihatan darah yang mengalir di wajah anak perempuannya itu.

“Baru nak dinner, terus terbantut bila #Iqlima menjerit kuat menangis2 bagitahu adiknya #Medina jatuh berdarah banyak kat dahi.

“Macam nilah gelagat anak2 Bonda especially @sucihayfaamedina Mmg sedang buas ada je aktivitimya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah turut mengharapkan orang ramai untuk mendoakan agar Medina diberi kesembuhan

“Benda dah nak jadi.. Mohon semua doakan Medina lekas sembuh. In shaa Allah dia kuat, kejap lagi dia gelak balik lah tu..,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha,1 dan Sayf Mohammed Zubayr, 4 bulan.

Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

IKLAN