“Yang Takut Tinggi Dan Gayat Je Faham,” – Awalnya Nelydia Senrose Ragu-Ragu, Tapi Akhirnya Berjaya Atasi Rasa Takut, Terus Terjun!

Share

Pelakon Nelydia Senrose ada berkongsi beberapa foto percutiannya di Langkawi yang turut disertai ahli keluargnya yang lain.

Sambil menikmati keindahan pulai di lokasi sekitar, bintang filem Jebat ini juga dilihat ada melakukan aktiviti berlibur bersama famili, termasuk melakukan cabaran ‘terjun’ dari kapal persiaran yang dinaiki.

Perkara tersebut dimuat naik adik kepada Uqasha Senrose ini menerusi beberapa potong video di Insta Stories.

Ia merakamkan detik pelakon ini yang pada awalnya agak ragu-ragu untuk terjun, apatah lagi apabila ia turut disaksikan individu lain.

“Kena paksa lompat form yacht. Yang takut tinggi dan gayat je faham,” tulisnya pada video yang dikongsi.

Pada masa sama, dapat dilihat aksinya yang takut-takut sambil meminta yang lain agar bertenang.

Menyahut cabaran, Nely dilihat mengatasi rasa takut lalu terjun.

“So i conquered my fear dan finally jumped,” tulisnya berselang emoji.

Foto: Instagram Stories Nelydia Senrose

IKLAN