“Yang Suka Nak Kritik Tu Mereka Geng Arnab, Terpengaruh Dengan Zizan,” – Respon Sarah Isu ‘Motosikal Berhias’ Ysuku Shuib

Share

Kisah mengenai motosikal yang dibeli pelawak dan penyampai radio, Shuib yang akhirnya diubah suai seakan-akan ‘motosikal berhias’ oleh isteri, Siti Sarah nyata mendapat reaksi pelbagai peminat.

Malah, rakan selebriti terutamanya Zizan Razak dan Fikry Ibrahim masing-masing ‘membahan’ rakan baiknya terhadap motosikal jenis Y15ZR (YSuku) yang telah ‘bertukar wajah’ itu hasil kreativiti si isteri.

Malah, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman apabila pertama kali melihat kenderaan dua roda itu selepas diubah suai.

“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhias dibuka sekarang,” tulisnya beberapa hari lalu menerusi Instagram.

Lalu sejurus kemudian, rakan pelawaknya itu termasuk Shuib saling ‘membahan’ antara satu sama lain dengan mengeluarkan kata-kata berbentuk sindiran terhadap kehidupan masing-masing hingga membuatkan netizen terhibur!

Sarah ketika dihubungi MH pula memberitahu, dia tidak kisah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan suaminya. Bagi penyanyi Semakin itu, apa yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘cantik dan wow’

“Cantiklah sikit nampak motosikal tu, kalau tak nampak macam biasa seperti yang diperkatakan rakan-rakannya. Biarlah orang nak cakap apapun.

“Malah yang suka nak kritik-kritik tu, mereka geng Arnab. Mereka terpengaruh dengan Zizan. Tunggu ajelah motosikal tu siap, nanti diam la mulut mereka,” katanya.

Foto: Instagram Shuib,Sarah

IKLAN