Baru baru ini Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal kerana dilarang menukar lampin bayi di tandas RM2.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Fazley telah memuat naik video mengenai sebuah tandas standard ‘premier’ si sebuah pusat membeli-belah di KLCC.
Chef selebriti itu mendakwa dia bersama isteri dan anak kecilnya dilarang masuk ke dalam tandas berkenaan untuk menukar lampin bayi dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau najis bayi.
IKLAN
Bukan itu sahaja,,bermacam alasan kukuh cuba diberikannya, namun pengurus terbabit tetap berkeras tidak membenarkan mereka menggunakan tandas berkenaan.
Hari ini,menerusi kemas kini terbarunya di Instagram, Fazley memuat naik gambar maklum balas dari pihak pengurusan suria KLCC yang memohon maaf diatas kesilapan dari pihak mereka yang tidak menggunakan budi bicara berhadapan situasi kecemasan seperti itu.
Bagaimanpun, Fazley memohon agar mereka yang tidak tahu cerita penuh tersebut tidak mudah menghakimi niat beliau kerana perkara sebegini pernah berlaku kepada orang lain.
IKLAN
Difahamkan, kes berkenaan sudah pun selesai dan Fazley berharap agar perkara sebegini tidak akan berlaku di masa akan datang dan dia juga menjemput ‘kakak manager’ tersebut untuk makan di @sukasucrebistro dengan harapan supaya beliau akan lebih lembut hatinya untuk berhadapan dengan pelanggan.
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli akui kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan proses renovasi rumah ibu dan bapanya.
Isu kisah kecurangan dan cinta lokasi yang hangat diperkatakan dalam industri hiburan tempatan turut mendapat perhatian daripada Persatuan Seniman Malaysia.
Pengerusinya, Zed Zaidi, 43, menegur...
Pelakon Ummi Nazeera lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai jumlah bayaran yang diterimanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu Tudung Sarung By Chefiza (BCF) selama...
Konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw ternyata cukup memberikan kepuasan buat 3,000 peminat setianya.Meriah dengan tema 'Back To School', Konsert Ada Apa...
Penglibatan golongan selebriti termasuk artis sebagai wajah wakilan atau pelaris pemasaran sesebuah jenama hanyalah berkesan jika peniaga tahu perancangan yang tepat berdasarkan pengetahuan dalam...
Sering berkongsi pandangannya mengenai sesuatu isu menerusi media sosialnya, kali ini pelakon Azhar Sulaiman tampil memberikan saranan kepada pengarah dan penulis skrip berkenaan babak...
Perkongsian video pendek yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok aktor Norman Hakim mencuri perhatian wargamaya.
Masakan tidak, di dalam video berdurasi 11 saat itu, Norman yang...