“Yang Rindu Boleh Marathon Kat YouTube Tau,” – ‘Budak Tebing’ Trending, Amyza Aznan Ucap Terima Kasih

Share

Baru-baru ini, drama Budak Tebing telah mendapat perhatian daripada penonton setia drama tempatan.

Drama Budak Tebing ini merupakan sebuah drama yang berkisahkan kasih sayang yang terjalin dalam sebuah persahabatan dan ikatan kekeluargaan.

Salah seorang pelakon drama tersebut, Amyza Aznan ada meluahkan ucapan terima kasih kepada penonton drama berkenaan telah menjadi ‘Trending’ di laman media sosial pada episode akhir yang telah ditayangkan pada Khamis.

“Trending NO 1.#budaktebing Yg rindu boleh marathon lat you tube tau

THANK YOU DARLING!! OK tau korang rindu adam kannn @hauntedsaka05 @_.extremist_saka8._,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat pujian drama tersebut sangat bagus dan penuh dengan mesej pengajaran.

Drama hebat ini telah disiarkan di slot Lestary, TV3 dan dibintangi oleh pelakon Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna Halim, Eyka Farhana, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Foto: Instagram Amyza Aznan, TV3 Malaysia

IKLAN