Ads

“Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah

Pelakon, Adam Corrie, berkongsi pengalaman peribadinya ketika pertama kali terdetik untuk mencacah tatu pada tubuh sebelum memeluk agama Islam.

Menurutnya, minat terhadap tatu bukanlah berpunca daripada tekanan hidup atau keinginan untuk melarikan diri daripada masalah, sebaliknya lahir daripada rasa suka dan minat terhadap seni tersebut.

“Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah “Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah

“Duhulu, sebelum saya kembali kepada Islam,
saya buat tatu. Bukan sebab tekanan.
Bukan sebab nak lari dari masalah tapi sebab saya suka.

“Bermula dengan yang kecil. Nampak cantik dan rasa menarik. Lepas satu, tambah lagi.
Tambah dan tambah.

“Sampai satu tahap, rasa macam tak cukup.
Kalau boleh, nak penuh satu badan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

Perjalanan Kembali Kepada Fitrah

Bagaimanapun, minat terhadap tatu mula terhenti apabila beliau mula mendekatkan diri dengan ajaran Islam.

Perubahan itu berlaku secara perlahan, hasil daripada kesedaran dalaman yang timbul tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah “Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah

“Tapi dalam perjalanan itu, Allah mula jentik hati saya. Tanpa sebab yang jelas, saya berhenti. Bukan sebab orang larang, bukan sebab dipaksa. Tapi hati sendiri rasa cukup.

Ads

“Beberapa tahun kemudian, saya kembali kepada fitrah. Saya kenal Islam. Saya faham dan sedar, apa yang dulu saya anggap ‘cantik’ rupanya bukan jalan yang Allah redha.

“Hari ini, saya seorang hamba Allah yang sudah bersyahadah. Tatu itu, hanyalah sejarah. Bukan untuk dibanggakan. Bukan untuk diulang, kongsinya lagi.

Tambahnya lagi, setiap individu mempunyai peluang untuk kembali ke jalan yang benar, tidak kira sebesar mana pun ujian yang dihadapi dalam kehidupan.

Ads

“Yang Perlu Dijaga Adalah Akidah,”- Adam Corrie Kongsi Kisah Pakai Tatu, Syukur Allah Jentik Hati Untuk Berubah

“Yang perlu dijaga sekarang adalah akidah.
Yang perlu diperbaiki adalah diri dan yang paling penting adalah usaha untuk jadi hambaNya yang lebih baik setiap hari.

“Kerana hidayah itu milik Allah dan bila Dia panggil, tak ada siapa boleh halang. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Sejak semalam, isu berkaitan tatu kembali hangat diperkatakan susulan perkongsian seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya terlanjur mencacah tatu akibat tekanan hidup yang dihadapi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Andre Suka Makan Rendang Ayam Tua, Pulut…,” – Amyza Aznan Sekeluarga...

Meskipun pemergian anak tercinta, Allahyarham Andre Mikhail masih lagi memberikan kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga, pelakon Amyza Aznan tetap mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana sederhana apa adanya.
error: Hello. Cannot.