“Yang Penting Tak Ada F,” – DSV Kongsi Keputusan UPSR Kacak, Raih B Subjek Bahasa Inggeris

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berbangga dengan keputusan yang diperolah anaknya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di IGTV, DSV teruja dengan keputusan yang diperolah Kacak meski tidak mempunyai gred A dan belajar dari rumah.

“Walaupun belajar di rumah (home school,) tapi Kacak dapat keputusan yang bagus.

“Walaupun dapat gred B, C dan D, yang penting tak ada F.

“Yang penting subjek Bahasa Inggeris Kacak dapat pandai, walaupun loghat Kelantan.

“Pandai anak Mama cakap orang putih. Dapat B!,” katanya teruja.

Video berdurasi satu minit itu telah mendapat ratusan komen pelbagai terhadap video yang dikongsikan itu.

Tahniah buat Kacak dan semua pelajar yang mengambil keputusan UPSR masing-masing semalam.

Video : Instagram DSV

IKLAN