Uncategorized

“Yang Penting Dia Bujang Dan Bukannya Suami Orang,” – Jawab Kak Lina Isu Muat Naik Foto Lelaki Misteri

Share

Penyanyi Elly Mazlein menerusi Instagram sehari lalu ada memuat naik gambar anaknya, Putri Sara Sephia bersama seorang lelaki.

Menulis di ruangan kapsyen yang boleh menimbulkan tanda tanya yang membayangkan dirinya sedang berbahagia dengan seseorang, para peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap foto berkenaan.

Rata-ratanya gembira dan mengharapkan yang terbaik buat penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina ketika dihubungi MH tidak menafikan dirinya sedang mengenali seseorang.

Bagaimanapun dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih di peringkat awal untuk diperkatakan.

“Memang saya ada kenal dengan seseorang. Kata orang sedang mengenali hati budi. Anak pun menyenanginya dan itu yang lebih penting. Dia tidak boleh senang dengan saya sahaja.

“Sebaliknya kena saya dan boleh serasi dengan Sephia juga. Tak mahulah cerita panjang. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya.

Ditanya lanjut mengenai lelaki bertuah itu, Elly memberitahu dia senang dengan sikap lelaki berkenaan yang disifatkan matang dan mengambil berat.

“Dia matang dan caring. Hari-hari anak saya mahu berjumpa dengannya. Sephia cukup menyenanginya. Yang penting dia bujang dan bukannya suami orang. Doakan yang baik-baik buat kami,” kongsi Elly lanjut.

Foto: Instagram Elly Mazlein

IKLAN