“Yang Penting Awak Sihat, Jangan Sedih,” – Tak Ada Rezeki, Isteri Fazreen Rafi Keguguran

Share

Pelakon, Fazreen Rafi memaklumkan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mengalami keguguran cahaya mata kelima yang sudah mencecah usia 10 minggu.

Menerusi entri yang dikongsi di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini akur dengan ketentuan Ilahi.

“Alhamdullillah segalanya dipermudahkan, wife faz baru lepas D&C (gugur) bukan rezeki kita.

“Yang penting awk sihat sygku.. luv u, jgn sedih2 ye  @symarlina,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat kepada isteri Fazreen agar tabah menghadapi ujian ini.

Sekadar informasi, Fazreen mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.

Foto: Instagram Fazreen Rafi

IKLAN