“Yang Pasti Sekarang Aku Minta Doanya… Doa Untuk Arwah, Doa Untuk Noah,” – Ini Ucapan BCL Sejurus Jenazah Suami Selamat Dikebumikan

Share

Jenazah Allahyarham pelakon, Ashraf Sinclair telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat kira-kira jam 2.02 petang waktu tempatan, pada Selasa.

Jenazah pelakon itu dibawa menggunakan van jenazah dari rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir buat bintang asal Malaysia itu termasuk Afgan, Reza Rahadian dan penyanyi Nazril Irham, lapor YouTube CNN Indonesia.

“Yang pasti sekarang aku minta doanya. Doa untuk arwah, doa untuk Noah. Itu sahaja yang boleh aku katakan sekarang. Terima kasih buat teman-teman semua.

“I hope everything cool… get better soon,” itu kata ringkas Bunga seperti yang dipetik saat ditemubual pihak media tempatan sejurus jenazah dikebumikan.

Menerusi video yang dikongsikan, Bunga serta anak tunggal mereka, Noah Sinclair dilihat sebak sepanjang majli pengebumian sekali gus mengundang rasa sayu.

Bapa mertua Bunga turut memberikan ucapan buat menantunya.

Terdahulu, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung.

Ikuti sesi rakaman penuhnya di sini;

Sumber/foto: YouTube CNN Indonesia

IKLAN