“Yang Ditunggu Sudah Tiba,” – Tayang Malam Ni! Ramai Teruja Tonton Drama Budak Tebing Musim Ke-2

Share

Drama rantaian, Budak Tebing bakal kembali menemui penonton untuk musim kedua dan akan mula bersiaran malam ini di slot Lestary TV3.

Malah, kemunculan musim terbaharu drama ini telah disambut baik dan mendapat reaksi positif penonton.

Bukan itu sahaja, rata-rata pengikut drama berkenaan turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti drama ini bersiaran di kaca televisyen.

Terdahulu, Budak Tebing musim pertama yang bersiaran pada Mac tahun lalu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton setia drama tempatan.

Mulai 18 Jun, drama arahan Feroz Kadir ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.

Drama yang berkisahkan masalah sosial di kalangan remaja ini dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Foto: Instagram TV3

IKLAN