“Yang Busuk Biar Saya Ambil,”- Dituduh Kawal Suami Sampai Lupa Tanggungjawab Anak Lelaki, Jasmin Hamid Tempelak Siapa?

Share

Pelakon, Jasmin Hamid enggan mempedulikan tanggapan daripada pihak luar yang menuduhnya mengawal segala tindak tanduk suami sehingga dia melupakan tanggungjawab terhadap ibu bapa kandung.

Menurut Jasmin, dia tidak pernah mengawal kehidupan suami sebaliknya dia sentiasa membantu untuk memudahkan setiap urusannya.

“Alhamdulillah saya masih bahagia dengan suami setakat ni walaupun ada yang tak suka. Saya tak pernah control suami. Saya cuma manage harian dan keperluan suami.

“Urus dan kawal adalah adalah dua benda yang berbeza ya. Hidup kena ada sistem supaya lebih teratur. Bukan pakai tangkap muat. Saya geram sebab ada yang kata, suami saya umpama lembu di cucuk hidung.

“Hidup di bawah telunjuk saya sehingga lupakan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Semua yang busuk biar saya yang ambik, tak apa,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Jasmin turut menyifatkan individu yang membangkitkan isu sebenarnya mempunyai sikap iri hati terhadap dia dan suami.

“Yang penting Allah dan suami tau apa yang saya buat untuk suami dan ibu bapa suami saya. Saya ingin suami saya jadi juara di dalam keluarganya. Berbakti pada kedua orang tuanya hingga hujung nyawa dia.

“Yang bestnya, orang yang bercakap pasal tanggungjawab sebagai anak lelaki tu sendiri yang tak jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang anak lelaki. Awak ni umpama ketam ajar anak berjalan la bro.

“You know nothing about me. Apapun saya tetap doa yang baik-baik untuk awak.Kejarlah dua pintu syurga yang ada di dalam rumah mu sendiri sebelum terlambat. Allah maha baik,” antara komen-komen netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Jasmin selain turut menasihatinya supaya mengabaikan komen-komen jahat tersebut.

“Jangan peludi apa orang kata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang.

“Semoga berbahagia hingga ke jannah.

“Ada lagi ke manusia yang tak suka kebahagiaan orang lain sis? Semoga Alah Ta’ala buka pintu hati mereka agar nampak kasih sayang Allah.

“Abaikan sahaja mereka. Lebih mudahkan kehidupan kita.

“Semoga berbahagia selalu dan diberkati Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, pada tahun lalu, Jasmin telah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Nazmir Abd Rahman, 36.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN