“Yang Bertutur Kesat, Atas Jodoh Mereka Bermakna Tidak Restu Perancangan Allah,” – Reaksi Pak Nil Di Resepsi Elfira Loy

Share

Pengacara berkaliber,Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil teruja melihat pasangan pengantin baru, Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar disatukan sebagai suami isteri. 

Pak Nil turut berkongsi kegembirannya itu di akaun Instagrammya bersempena dengan majlis resepsi yang berlangsung meriah di PICC, Putrajaya, malam tadi. 

“Mereka berdua ni ibarat anak paknil.. Elfira antara bakat yg ditemui dlm rancangan TomTomBak masa usianya 14tahun.. Kalau ada masalah sering juga dpt pandangan pak nil..

“Faris pula anak didik pak nil dlm program On Air Astro.. ilmu pengacaraan dan penyampaian ada padanya tp dia beri tumpuan pd kariernya.. Apa2 pun mereka berdua disatukan atas kehendak Allah,”tulisnya imbau kenangan. 

Malah, Pak Nil turut memberi nasihat kepada netizen yang sering melontarkan kata-kata kesat buat pasangan ini.

“Pada mereka yg bertutur kesat, atas jodoh mereka bermakna mereka tidak restu perancangan Allah.. Doakan hubungan mereka dan jaga hubungan kita dengan Allah.. Tahniah anak2ku,” tulis Paknil. 

Dalam pada itu,Elfira turut memberi respon terhadap posting Pak Nil itu. 

“Thank you Pak Nil.. We love u so muchhhh,” balas Elfira. 

Terdahulu, Elfira dan Faris selamat bernikah pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat. 

Foto: Instagram Aznil Hj Nawawi 

IKLAN