“Yang Bangsa Cina Nak Pilih Vaksin Dari China… Melayu Takut Vaksin Ada Cakap Tak Halal…,” – Michael Ang Sakit Hati, Ini Sebabnya!

Share

Pengarah dan penerbit, Michael meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mahu memilih vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, Michael telah memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.

Bagi Michael, sikap sedemikian sangat tidak bermoral dan tak sepatutnya dilakukan.

“LAGI PASAL VACCINE DI M’sia Yg Bangsa CINA nak pilih vaccine dari China sahaja sebab cina utk cina mah so baru ngam and selamat.

“Yg bangsa Melayu takut vaccine sbb ada org cakap tak halal and ada babi, ada aku lepok semua yg nak pilih ni! Sedar lah diri sikit! Sakit pulak hati tgk perangai semua org ni.

“Kita nak percepatkan vaccine satu Malaysia tapi banyak songeh pulak!!!,” tulisnya.

Link posting

Difahamkan, dia mengetahui mengenai perkara ini selepas terbaca satu blog yang menolak penerimaan vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Dalam pada itu, Michael turut menjelaskan perkongsiannya itu bukan oleh kerana bersikap rasis namun mahu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang permasalah vaksin yang berlaku dalam negara.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN