Tajul Ariff sudah tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan isteri, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 lalu.
Menurut pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md Shari seperti yang dipetik mStar, antara sebab utama dia merahsiakan perkara berkenaan kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni.
Pada masa sama bintang berusia 21 tahun ini juga enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerjayanya.
“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul seperti yang dipetik mStar.
Terdahulu, status bintang berkenaan menjadi tanda tanya ramai dan beberapa hari lalu, portal berkenaan ada mendedahkan mengenai sekeping foto yang dihantar pembaca yang meminta penjelasan serta mendakwa wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.
Lalu, penyanyi berkenaan turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka hujung November depan.
“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.
“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” pinta Tajul.
Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara berkenaan selain peminat agar tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.
Foto/Sumber: Instagram Tajul/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Intan Najuwa memuat naik sekeping foto bersama bekas tunang di laman Instagram miliknya.
Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh, namun ia seakan-akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di antara keduanya.
Sementara itu menerusi ruang komen pula, netizen mulai membuat spekulasi sendiri, membayangkan mereka sudah berbaik.
Terdahulu, Intan Najuwa, 23, mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari lalu bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, kerana sudah tidak ada persefahaman.
Keduanya mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira 10 bulan mengikat tali pertunangan.
Foto : Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemeriahan Syawal semakin dirasai apabila kini tinggal dua minggu sebelum hari lebaran itu diraikan selepas sebulan genap berpuasa di bulan Ramadan.
Pastinya, pelbagai persiapan yang sudah dilakukan termasuk membeli baju raya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti untuk kenangan bergambar bersama keluarga dan sanak-saudara.
Jika kaum wanita sibuk mencari baju kurung atau kebaya untuk digayakan, kaum lelaki juga tidak menang tangan memilih busana baju melayu yang menarik perhatian mereka.
Walau bagaimanapun, pelakon Azhan Rani sudah awal-awal memberikan ‘amaran’ bahawa dia tidak akan membenarkan lelaki yang memakai baju melayu ketat daripada menjejakkan kaki beraya di kediamannya.
“Semoga spesis baju melayu ketat-ketat ni jangan singgah rumah aku raya ni atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari rumah aku,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut, Azhan turut memuat naik gambar seorang lelaki yang memakai baju ketat serba hitam.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Azhan dan menyifatkan baju melayu ketat adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.
“Hambatkan kalau datang dekat abang.
“Nak pergi snorkeling ke pergi beraya?
“Manusia semakin pelik.
“Fesyen gila.
“Nak panggil ni panggil baju melayu pun rasa malu,” komen netizen.
Terdahulu, muzik video lagu raya baharu nyanyian seorang usahawan popular dikritik ramai gara-gara pemilihan baju melayu yang terlalu ketat sehingga dikatakan sudah menghilangkan identiti baju melayu klasik yang diwarisi dari zaman ke zaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial apabila ‘photo meme’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu membuat liputan dengan menemubual Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar mengenai politik negara kini.
“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live? Moga kerisauan anda terungkai,”kongsinya di laman Facebook.
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan foto tersebut.
“Adoiii Datuk Seri Aliff Syukri, banyak kau punya hal. Nak jadi wartawan CNN. Macam mana cara nak buat live dan interview Tun M dan DS Anwar.
“Banyaknya cita-cita awak,berniaga sudahlah. Teringat zaman sekolah dulu cikgu tanya “cita-cita nak jadi apa?”
“Aliff, apa yang awak cari dalam diri awak lagi ya? Semua dah ada, duit banyak, perniagaan stabil, apa lagi awak nak ?,” kata DSV dengan merakam video di IGTV miliknya.
Terdahulu, ada yang menyifatkan Aliff disifatkan sebagai ‘wartawan nombor satu’ apabila tindakannya menemubual balu kepada arwah Abam sebelum ini.
Malah, tindakannya itu juga turut menerima reaksi pelbagai netizen lalu mencetuskan isu terkait.
Aliff turut melakukan sidang media bagi memohon maaf baru-baru ini, seterusnya mahu menjernihkan situasi yang berlaku berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam, tempoh hari.
Video : Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.