“Ya, Betul Saya Tidak Lagi Berhijab,” – Datuk A.Aida

Share

Penerbit, Datuk A Aida mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

Penampilan A Aida nyata mengejutkan ramai apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) ketika ditemu bual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.

“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.

A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang turut bersaing di AJL tahun ini bersama 11 buah lagu lain.

Sumber: Harian Metro

IKLAN