“Ya Allah, Tak Sangka Orang Ingat Gambar Bella Ni Kek, – Lepas Isu ‘Barbie’ Di Pasar Pagi, Rupanya Viral Lagi Kisah Usahawan Bernama Izubiela

Share

Selepas viral kisahnya yang hadir ke pasar pagi di Taman Tun Dr. Ismail dengan mengenakan persalinan saling tak tumpak seperti patung Barbie tidak lama dulu, usahawan kosmetik sensasi Izubiela sekali lagi ‘memancing’ perhatian ramai.

Semuanya gara-gara penampilan fizikal dan ‘ball gown skirt’ rona biru zamrud yang dikenakan pengasas Puteh Gebu DBella ini beberapa hari lalu dikatakan sama seperti kek hiasan patung!

Malah persamaan tersebut turut menjadi bahan bualan netizen di media sosial, termasuk selebriti misalnya Zoey Rahman, sebagaimana yang dikongsikannya menerusi salah satu posting di Instagram.

“[FanatikGila] Ya allah , xsangka Orang ingat Gambar Bella ni Kek. Ramai DM bella , Ade yg sanggup edit gambar bella atas kek lah dan juga edit gambar bella macam kek.

“Ade yg sanggup Jugak Nk tempah kek Betul macam ni. Allahuakbar… Bella sangat Terharu. Uols swipe LEFT , ade beberapa org Yg DM Bella. Fanatik betul‼️‼️ TAPI ?Kek ni xjual tauuu . Hehehe,” tulisnya.

Pada masa sama, ia turut menjadi bualan di pengguna Twitter dan Facebook bersama komen-komen yang mencuit hati.

Foto: Instagram Izubiela

IKLAN