“Ya Allah Siapakah Gerangannya, Jodoh I Ke?,” – Hadiah Birthday, A Aida Dedah Tiap Tahun Peminat Misteri Beri Hadiah

Share

Penerbit Datuk A Aida sekali terharu tetapi dalam masa sama terkejut apabila dia menerima bunga daripada peminat misteri bersempena dengan ulang tahun kelahiran pada 20 April lalu.

Menurut A Aida, ia merupakan kali keempat dia menerima bingkisan hadiah daripada individu yang tidak dikenali berkenaan.

“Allahuakhbar, ingat tahun ni PEMINAT MISTERI dah tak hantar bunga untuk birthday, rupa-rupanya baru hantar dan sampai kini kita tidak tahu siapa pengirimnya.

“Thank you so much dan ya Allah siapakah gerangannya pengirim ni? Jodoh i ke? Marilah masuk meminang,” tulisnya seloroh menerusi ruangan kapsyen.

Di dalam video yang dikongsikan di Instagram itu, A Aida turut mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN