“Ya Allah Sembuhkanlah Sakitnya…,” – Ibu Kritikal, Remy Ishak Mohon Doa

Share

Aktor popular, Remy Ishak memaklumkan ibunya kini sedang berada dalam keadaan kritikan dan sedang dirawat di Hospital Besar Melaka.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.

Lantaran itu, Remy memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar ibunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah binti Md Deris,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu dilihat masih belum mengulas lanjut mengenai penyakit yang sedang dialami oleh ibunya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Remy dan seluruh ahli keluarganya.

“Ya Allah sembuhkanlah sakitnya Ya Allah, angkatlah segala sakit & penyakit yg dia alami. Berikan lah dia kesembuhan dan kesihatan yang sebaik-baiknya. Aminnn Ya Rabbal Alamin.

“Syafakillah buat bonda tersayang. Moga Allah permudahkan.

“Inalillahiwainalillahirajion, semuga cepat sembuh.

“Semoga diberi kesembuhan yg tiada kesakitan selepasnya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Apapun, kami di MH turut mendoakan agar kesihatan ibu Remy dapat kembali pulih dan segera dibenarkan keluar daripada hospital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Remy Ishak

IKLAN