“Ya Allah Jingga La Pulak…,” – Anak Gadis Azhar Sulaiman, Iris Leona Tampil Dengan Gaya Rambut Baru, Lihat Apa Respon Si Bapa

Share

Melangkah ke usia remaja, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kini tampil dengan imej terbaru apabila rambutnya kini diwarnakan dalam rona jingga.

Lantas, Azhar dilihat ada memberikan respon terhadap perubahan stail rambut anak gadisnya itu.

Ya Allahh…..jingga laa pulak rambutnyaaa.

“Ingat i was the only one yang giler today….rupanya,” tulis bintang Abang 92 ini.

Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan reaksi.

Iris yang juga dikenali sebagai ‘instafamous’ memiliki hampir 200,000 pengikut, turut berkongsi foto gaya barunya itu.

Memilih salon Ridzokumura untuk mendandan rambutnya, Iris tidak lepaskan momen dengan melakukan tarian Tik Tok bersama pendandan rambut terkenal itu.

Foto/Video: Instagram Iris Leona, Ridzokumura

IKLAN