“Ya Allah Jangan Cakap Macam Tu!,” – Terserlah Cantik Masa Discharge Lepas Bersalin, Ini Jawab Mira Filzah

Share

Berkongsi perkembangan dirinya sejurus bergelar ibu, pelakon popular Mira Filzah memuat naik foto selepas dibenar pulang ke rumah dari hospital selepas seminggu melahirkan cahaya mata sulung.

Berkongsi foto keluarga kecil bersama putera pertama, Wan Khair Amir di Instagram, ia pantas menerima perhatian warganet.

“A lil throwback while baby is sleeping. Our first official gambar bertiga masa discharge dari hospital minggu lepas,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan itu, ramai yang memuji penampilan Mira yang kelihatan menawan meski baru sahaja melalui proses bersalin.

Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan itu mendapat respon Mira.

“1st time tengok mak postnatal cantik gila macam ni. Sangat-sangat bidadari syurga,” puji seorang pengguna Instagram.

“Ya Allah jangan cakap macam tu! Mira cuma rasa happy nak discharge, tak sabar nak balik, nak bawa baby balik rumah. Bangun pun awal sebab excited nak discharge!

“Sempat lah makeup sikit, belit tudung sikit. Tapi keluar dari wad sampai je kereta tetap pakai wheel chair. Sama je macam orang lain. Tak jalan pun, tak larat. Gambar-gambar ni biasa lah boleh berdiri. Sekejap-sekejapkan,” balas Mira.

Terdahulu selain berkongsi nama permata hati, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman turut mendedahkan bagaimana nama itu diberikan.

Menurut Mira, ia diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.

Mira telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Wan Emir Astar, 30, pada 3 September 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN