“Ya Allah Ampunilah Dia…,“ – Ibu Perawagati Tinie Telah Pergi Mengadap Illahi

Share

Model terkenal, Hartini Yasin atau nama pentasnya, Tinie memaklumkan ibunya, Hasnah Abdullah telah pergi mengadap Illahi.

Berita dukacita itu telah dikongsikan peragawati itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Hasnah Binti Abdullah. 03-08-2020. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah rahmat kepada ibu.

“Semoga ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Lalu, ruangan komen entri berkenaan dipenuhi ucapan takziah dan rata-rata turut menitipkan doa serta Al-Fatihah buat Allahyarham.

Foto: Instagram Tinie

IKLAN