“Wow Wonderful,” – Bila Anak Tomok, Arrian Nyanyi Lagu Dalam Dwibahasa, Bahasa Mandarin & Inggeris

Share

Pelakon dan penyanyi, Tomok muat naik video dia bersama anaknya, Arrian Shah Akid menyanyikan lagu You Are The Reason, nyanyian asal oleh Calum Scott.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila kanak-kanak berusia 6 tahun itu menyanyikan lagu itu dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan English dengan fasih sekali.

“Betul ke bahasa cina yg arrian nyanyi ni? sila sahkan pada mereka yg arif #youarethereason,” tulis Tomok di kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan keupayaan Arrian berbahasa mandarin. Malah,ada juga yang memuji keenakan suara si kecil itu.

Tomok sering memuat naik foto dan video perkembangan dua anaknya, Arrian dan Andrashah Iman di laman Instagramnya.

Malah, netizen juga dilihat lebih seronok untuk mengetahui perkembangan kedua-dua beradik itu berbanding Tomok sendiri.

Foto/Instagram: Tomok

IKLAN