Wow! Sudah Jadi Gadis Remaja, Mia Sara Nasuha Rai Hari Jadi Ke-14 Tahun

Share

Memulakan karier dalam bidang lakonan seawal usia tiga tahun, pelakon cilik, Mia Sara Nasuha kini sedang meningkat dewasa.

Genap usianya yang ke-14 tahun, bintang filem Papa I Love You ini telah meraikan ulang tahun hari jadinya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Mengangkat tema berwarna biru lembut dan putih, majlis tersebut diadakan di sebuah kafe di Citta Mall, Ara Damansara.

Dalam pada itu, Mia bersama rakan sebaya turut meraikan majlis yang penuh bermakna itu.

Terdahulu, Mia mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada akhir Disember 2016 selepas pulang menunaikan umrah.

Foto : Instagram Mia Sara Nasuha

 

IKLAN