Menjadi bualan ramai apabila syarikat gergasi telefon pintar, Apple sudah mengeluarkan produk terbaru iaitu iPhone 11, 11 Pro, and 11 Pro Max, sejak beberapa hari lalu.
Tidak ketinggalan, pelakon popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) turut teruja apabila berjaya memiliki telefon pintar iPhone 11 Pro Max keluaran terbaru berkenaan.
“Right now shot on iPhone X…can’t wait to shoot on iPhone 11 Pro Max…spoilt for choice…wow 3 camera set up.
“What next!? Thanx @apple for this powerful device! #shotoniPhoneProMax,” tulisnya.
Wow! Pencarian Dewi Remaja diteruskan untuk mencari siapakah gadis bertuah dan selayaknya yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019.
Selepas 4 hari berlangsungnya misi pencarian menerusi sesi uji bakat yang telah dijalankan, pihak Remaja nampaknya sudah mendedahkan 20 finalis yang telah berjaya disenarai pendek.
Menerusi penyertaan yang diterima, 20 figura terpilih itu pastinya telah berjaya melalui semua peringkat uji bakat selain menawan hati juri.
Pengumuman barisan finalis awal itu dikongsikan menerusi Instagram, @majalahremaja pada Khamis.
Apapun, jangan lupa untuk mengikuti pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2019 tidak lama lagi. Siapakah yang berjaya mara?
Menerusi episod Mingguan Wanita minggu lalu yang menampilkan pelakon, Elfira Loy bersama ibu, Filzah binti Yusoff menerusi topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, dua beranak ini saling mendedahkan rahsia perasaan serta hubungan ibu dan anak.
Jelas Elfira yang mesra disapa El, awalnya dia ada kala rasa marah apabila terpaksa menurut kehendak si ibu, namun dipendamkan dalam hati.
“Ada kalanya saya marah juga dengan keputusan ibu, namun saya pendamkan. Tetapi apabila satu demi satu hikmah yang muncul. Keputusan ibu adalah yang terbaik.
“Namun apabila difikirkan semula, saya lebih suka dimarahi ibu kerana secara tidak langsung kita akan tahu apa yang betul dan salah,” jelasnya sejurus ditanya hos.
Sebak mengenang pengorbanan ibu yang tidak terbalas jasa, pelakon ini mengakui gementar dan takut tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah yang dibuat, bukan lagi untuk dirinya semata tetapi untuk anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, ibu laksanakan demi berdoa untuk anak-anak.
“Saya tahu nanti semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita akan mendoakan untuknya di sana.
“Sekarang saya lebih terasa kerana bakal menjadi seorang ibu. Apabila disoal apa yang paling ditakuti, saya takut bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik sebagaimana ibu saya.
“Bagaimana ibu berkorban masa demi anak-anak. Bayangkan kita untuk solat untuk diri sendiri pun susah, jadi macam mana seorang ibu mampu lakukan semuanya, berdoa untuk anak-anak.
“Saya rasa itu pengorbanan yang paling besar,” tuturnya sambil mengalirkan air mata.
Dalam pada itu, ibu Elfira, Filzah mengakui ada ketika anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon meski walau sekadar berbual kecil.
“Kami sering Whatsapp namun kadang kala tersentak juga hati mengapa anak-anak jarang telefon.
“Ibu bukannya mahu apa-apa, cukuplah telefon bertanya khabar, bukan hanya berbual menerusi aplikasi Whatsapp.
“Dan selalunya saya akan membuat keputusan untuk anak. Naluri ibu kuat kerana kita ikhlas menjaga anak, namun kita tidak tahu bagaimana pula nanti anak menjaga kita,” celahnya sambil ketawa kecil.
Terdahulu, Filzah mengakui dia mengongkong anak-anak kerana bimbang andai anak lupa diri.
Malah kongsinya lagi dia lebih gemar untuk berkongsi perasaan bersama anak-anak agar mereka memahami apa perasaan hati si ibu ketika itu, sama ada merajuk atau sebaliknya.
Mingguan Wanita bersiaran dari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 tengahari menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Foto : Youtube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biarpun sering berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram, kata pelakon Rozita Che Wan, dia cukup menjaga penampilan dan menegaskan hanya akan muncul di majlis berbayar sahaja.
Tegasnya cukup penting bagi menjaga eksklusiviti sebagai seorang selebriti dan atas sebab itu jelasnya, dia tidak akan muncul di khalayak umum walau untuk membeli belah.
“Orang mungkin hanya boleh melihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.
“Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersepah di merata tempat.
“Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara,” jelasnya kepada MH ketika ditemui sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.
Dalam pada itu, pelakon Pujaan Hati Kanda ini turut menafikan dakwaan dia memewahkan Aaisyah Dhia Rana. Jelasnya sebagai ibu, dia hanya memenuhi kehendak anak.
“Tiada istilah memewahkan. Sebagai seorang ibu, saya hanya cuba memenuhi permintaannya.
“Namun jika tidak mampu, saya tidak akan memberikannya. Orang yang bermulut jahat sahaja cuba membangkitkan fitnah,” katanya sambil ketawa.
Ibu kepada tiga anak ini turut berkongsi hadiah paling mahal pernah diberikan kepada si bongsu adalah seutas rantai berlian.
“Namun harganya saya rahsiakan, jika tidak netizen menuduh saya riak pula,” katanya yang bakal muncul dalam Suri Katrina arahan Pali Yahya di samping Nazim Othman, Ummi Nazeera dan Ernie Zakri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...