Select Page

Bila bercakap sahaja tentang heroin drama Hello, Mr. Perfect, Ruhainies, pasti ramai yang tidak boleh menafikan pelakon kecil molek ini mempunyai wajah yang cukup anggun dan cantik bak puteri salju.

Tapi perasan tak korang semakin hari Ruhainies nampak semakin cantik dan cukup berseri-seri? Lebih lagi kulitnya sendiri persis bintang terkenal kpop yang cukup menawan! Pelikkan apa rahsianya?

Rupa-rupanya baru-baru ini Ruhainies telahpun bergelar duta Malaysia untuk jenama produk kecantikan Korea, Krim Kompleks Guerisson 9.

Menariknya antara sebab Ruhainies dipilih untuk menjadi duta kepada produk ini bertujuan untuk membawa mesej rakyat Malaysia juga boleh memiliki kulit cantik seperti warga Korea dan menekan kepentingan menjaga kulit dengan baik.

Kalau nak tahu, ia mampu membantu perbaiki keadaan kulit kering dan membekalkan kelembapan selama 72 jam! No wonderlah kenapa Ruhainies sentiasa nampak segar dan awet muda!

Malah ia juga sesuai digunakan untuk kulit berminyak, membantu menyeimbangkan minyak dan air di dalam kulit demi mengurangkan lebihan sebum pada kulit serta dapat mengatasi kesan jerawat dan sebagainya.

Tahun lepas sahaja pengedar tunggal Malaysia YIT dan pemilik jenama ini Claires Korea telah membawa model, pelakon serta ahli running man, Lee Kwang Soo ke Malaysia pada bulan April 2017 dan kini mereka memberi kepercayaan kepada pelakon tempatan Ruhainies untuk membawa produk ini kepada rakyat Malaysia.

Apapun MH ingin ucapkan tahniah kepada Ruhainies kerana berjaya menjadi duta kepada jenama besar seperti ini!

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: