“Wow, Here’s The Next,” – Kahwin Kakak Dah Selesai, Doa Netizen Pula Buat Ezzrin Loy Yang Kini Sakan Bercinta Dengan Model

Share

Pelakon, Ezzrin Loy berkongsi foto-foto kenangan semasa resepsi kakaknya, Elfira Loy baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah fotonya bersama teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Rita Nadira.

“It was a once in a life time thing , Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, menjengah di ruangan komen kelihatan ramai yang bertanyakan sama ada dia yang akan menamatkan zaman bujangnya selepas Elfira.

Dalam pada itu, nama bekas teman wanita Ezzrin iaitu pengacara dan pelakon, Ain Edruce turut menjadi sebutan netizen.

Sebelum ini, beberapa foto mesra pasangan itu turut mendapat perhatian netizen. Pada MH, benda yang elok apa salahnya dipercepatkan.

Apa-apapun, kita doakan semoga pasangan ini bertemu jodoh hingga ke jenjang pelamin.

Foto/Instagram: Ezzrin Loy & Rita Nadira

IKLAN