Uncategorized

Wow! Hael Husaini ‘Throwback’ Video 12 Tahun Lalu…

Share

Penyanyi, Hael Husaini muat naik video ‘throwback’ semasa dia mula-mula ingin menceburi bidang nyanyian di laman Instgaramnya.

Dalam video berdurasi 59 saat itu, kelihatan Hael merupakan antara mereka yang terpilih untuk keperingkat seterusnya dalam uji bakat One In A Million.

Namun, mungkin disebabkan terlalu gementar membuatkan Hael tidak dapat menyanyikan lagu bertajuk ‘I Have a Bad Day’ oleh Daniel Powter dengan baik.

Susulan itu, dia dikatakan mensia-siakan peluang yang ada oleh pihak juri.

“This is how it started . 12 years ago,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengakui perkongsian Hael itu sangat memberi inspirasi pada mereka.

Hael membuktikan bahawa kita jangan pernah mengalah dalam mengejar cita-cita. Apa-apapun, syabas Hael!

Foto/Instagram: Hael Husaini

IKLAN