Wow! Dalam Masa 14 Hari, Yatt Hamzah ‘Hilang’ 9Kg Selepas Bersalin Anak Ke-4

Share

Hari ke-15 menjalani proses berpantang, pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa gembira kerana berat badannya kini semakin berkurangan kir-kira 9 kilogram.

Malah, proses penurunan berat badan tersebut mengambil masa selama 14 hari selepas melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu. 

“Finally Bonda muncul jua tunjuk muka harini berpantang hari ke 15. Tu pun sbb ada photoshoot new born baby #SuciHawaZulaikha dgn @babybonnetviralmalaysia.

“Ok nak share dg ibu2 berpantang di luar sana..Bonda turun 9 kg dlm masa 2 minggu ni. Kali ni lambat sket berbanding anak2 sblm ni sbb ada masalah kesihatan slps shj Bonda bersalin haritu pd 30 Dec 2019.

“Selalunya lebih 10 kg dlm masa seminggu je. Tapi xpelah lain2 anak lain2 kisah dan pengalaman kan. Nak tahu Bonda sakit apa lepas bersalin?

“Nanti Bonda share kisah tu dlm part 4 & 5 #kisahlabourroombondayatt ya.. In shaa Allah.. Sabar sket tauu,” tulisnya apa entri yang merakamkan dirinya mengenakan busana jubah berwarna putih.

Dalam pada itu, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah, sentiasa mengamalkan cara tradisional ketika berpantang dengan cara bertungku sejak kelahiran anak sulung hingga kini.

Terdahulu, Yatt telah selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember lalu seberat 3.3kg.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun.

Yatt kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.

Foto: Instagramn Yatt Hamzah

IKLAN