Ads

Wow! Cantik Mata Anak Cik Piah Macam Pakai ‘Contact Lens’

Sebut sahaja nama ‘Cik Piah’ atau nama sebenarnya Feeya Iskandar, MH pasti ramai yang kenal dengannya kerana celotehnya di radio sering menghiburkan kita.

Penyampai radio ini baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hujung Januari yang lalu.

Comel! Itulah perkataan pertama MH ketika pertama kali melihat wajah putera keduanya, Nuh Aryyan.

Ramai juga peminat dan pengikut Cik Piah yang memuji kecantikan mata Nuh yang begitu cantik seperti memakai ‘contact lens’.

Mesti ramai yang nak tengok mata anak Cik Piah ni kan? Ok jom MH belanja sikit gambar Nuh.

Ads

Cantik kan? Sejuk mata MH melihat kecomelan Nuh. Di ruang komen pula penuh dengan pujian dan doa yang baik-baik buat bayi comel ini.

Ads

zura_42: Mula2 fkir anak cik piah ni pkai lens ke ek? Pastu fkir balik tk kn lah ank cik piah pkai lens mse bby ni en.. MasyaAllah cntik mata anak @feeyaiskandar jelous kita tngok

frahrashid677: baby auntie nak pinjam mata boleh lawa wehh..

mirarol: muka pon da mcm mat salleh .. hehe.. Alhamdulillah,, Ya Allah comel sgt baby nuh kaq @feeyaiskandar ni..??

Ads

Menurut Cik Piah pada salah satu postingnya, dia berkata semasa mengandungkan Nuh, dia sering melihat mata anak ‘Mat Salleh’ dan mungkin disebabkan itu mata anaknya juga kelihatan seperti mata orang barat.

Apapun, MH doakan Nuh membesar dengan sihat, kekal comel hingga dewasa dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.