Wow hebat betul penangan cinta Fattah dan Fazura. Jika dilihat, kehangatan cerita mengenai hubungan mereka hampir sama seperti selebriti-selebriti di Hollywood.

Bukan sahaja miliki majlis pertunangan dan akad nikah secara ekslusif, tetapi baru-baru ini MH diberitahu ada seorang komposer dan penyanyi hebat, Aizat Amdan turut mencipta lagu khas buat mereka berdua.

Perghhhhhhh! Bertuahnya. Bukan main lagi Fattzura ya.

Melalui perkongsian video tersebut, Aizat turut menumpang gembira atas berita baik tentang sahabatnya Fattah.

IKLAN

“Assalammualaikum semua, harini adalah hari yang paling gembira untuk semua orang. Terutama kejutan malam ni yang kita dengar. Akhirnya sahabat saya, Fattah Amin telah menamatkan zaman bujangnya dengan Fazura.

 

“Jadi ini ada satu lagu untuk kedua mempelai dan ini merupakan lagu baru berjudul Sampai Ke Hari Tua,” Jelasnya secara live di Instagram.

Jujur lagu yang dicipta ini sangat romantik dan mampu buatkan kita ‘cair’ mendengarnya.

Terbaru, Fattah dan Fazura telah selamat disatukan dengan sekali lafaz akad nikah di sebuah hotel mewah yang terletak di Kuala Lumpur.

IKLAN

Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu dikatakan diadakan dengan cukup sederhana dan ekslusif.

IKLAN

Malah gambar nikah kedua pasangan ini juga mula dikongsi di seluruh media sosial.

Okay tak nak cakap banyak, korang dengar sendiri lagu yang di cipta oleh Aizat

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI