Pejam celik, pejam celik sudah lima tahun usia produk WonderLab dan WonderDewi berada di pasaran.
Seiring dengan sukses tersebut, WonderLab dan WonderDewi kini memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua siri produk wajah baharu iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab dan WonderDewi, Hoe Kian Choon akui teruja dengan hala tuju jenama tersebut setakat ini.
“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.
“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda,” katanya.
Hoe Kian Choon berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up yang berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur pada Khamis.
Paling best apabila produk-produk ini turut dirumus khas untuk cuaca dan rakyat Malaysia. Memang sesuai sangat untuk orang kita.
Ads
WonderLab Ageless Pre-Ageing diformulasikan untuk melawan tanda-tanda pra-penuaan menerusi aspek ‘Trio Youth Effect’ iaitu menegangkan, keanjalan dan mencerahkan.
Produk yang mengandungi ‘Trio Black Complex’ iaitu campuran kacang hitam, beras hitam dan bijan hitam ini mampu memperbaiki keanjalan dan penjanaan semula kulit.
Selain kaya dengan anti-oksidan, produk ini turut mengekalkan hidrasi dan anti-kedutan.
Siri ini mengandungi lima jenis produk iaitu Toner Essence Niacinamide, Masker Tidur Black Ginseng, Pembersih Muka Grapeseed Oil, Pelembap Muka Resurrection Plant dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide.
Ads
Sementara itu, Siri WonderDewi Cica pula direka untuk para remaja yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit.
Jadi, para remaja masa kini tidak perlu pening-pening lagi. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru seterusnya menjadi asas kulit sihat.
Siri ini mengandungi Tecamin-C, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik, Pembersih Muka Asid Amino, Toner Hyaluronic dan Pelindung Matahari Niacinamide.
Ads
Bersempena ulang tahu ke-5, WonderLab mengajak para pelanggan setia dan orang ramai untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up yang akan berlangsung di The Starhill, Kuala Lumpur bermula 29 Ogos sehingga 1 September ini.
Selain promosi happy hour, pop-up mart ini juga akan melibatkan pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Dengan setiap pembelian, anda juga berpeluang memenangi hadiah percuma seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica kini boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.
Malah, produk-produk WonderLab kini bakal berada di pasaran Watson tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Hana Ismail memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurnia terjadap keluarga kecilnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami,” tulisnya.
Pada masa sama, bekas pengacara program Hlive itu turut memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
“Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan dari kalian.
“Salam Sayang, Baba Nour, Umm Nour dan Lil Nour,” kongsinya.
Menerusi hantaran yang sama, Hana turut berkongsi hadis Rasulullah SAW tentang bersedih.
“Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun, kami hanya akan menuturkan apa yang diredhai Tuhan kami. (Muhammad SAW),” kongsinya.
Terdahulu, Hana ditimpa ujian berat selepas suaminya yang juga merupakan pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.
Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Hana Ismail & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Hasnol mendedahkan dirinya bakal berkahwin buat kali ketiga dengan wanita pilihannya yang juga seorang akauntan dan bekerja di sebuah syarikat swasta selepas dua tahun menduda.
Hasnol atau nama sebenarnya, Hasnol Hassan Ariff, 54, berkata, dia terbuka hati untuk kembali berumah tangga selepas dua bulan menjalin hubungan serius dengan wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Temerloh, Pahang itu.
“Insya-Allah, saya bakal tamatkan zaman duda. Saya percaya kepada jodoh dan rezeki. Jujurnya kami saling mengenali sudah lama menerusi platform TikTok, iaitu sekitar tiga ke empat tahun lalu. Tapi tidak pernah bertegur, hanya berkawan di alam maya sahaja.
“Cuma kami mulai serius sejak dua bulan lalu. Mungkin itu dinamakan jodoh, masing-masing pun suka sama suka,” katanya.
Penyanyi lagu Sudi Katakan Sudi itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Festival Muzik Vit’s – Konsert Telan Kaset 90-an di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Hasnol menambah, sikap tegas yang dimiliki wanita yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Z’ itu menarik minatnya untuk mengenali lebih dekat.
“Keluarga pun sudah setuju dengan keputusan ini dan insya-Allah majlis akan dilangsungkan Disember depan. Alhamdulillah dia terima saya apa adanya.
“Malah saya sedar, di dalam sesebuah perhubungan, perlu ada kepercayaan sesama pasangan. Kalau nak cemburu, biarlah bertempat selain menjaga maruah masing-masing,” katanya lagi.
Hasnol sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Akhmarzuraikha Salleh dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum berpisah.
Bintang asal Kuala Lumpur kemudiannya berkahwin dengan Marina Mohin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 13 tahun.
Bagaimanapun, mereka memilih untuk membawa haluan hidup masing-masing pada Oktober 2022.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama berteka-teki, pelakon Scha Elinnea akhirnya mendedahkan hubungannya bersama aktor, Jazmy Juma hanyalah sekadar teman biasa.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, segala kemesraan yang dipamer dalam media sosial hanyalah sekadar konten bagi mempromosikan drama lakonan mereka ‘Nuh & Nayla’.
“Di sini saya mahu menerangkan segala kekeliruan, saya dan Jazmy memang hanya sekadar kawan sahaja. Selagi belum habis projek drama kami, saya tak boleh nak dedahkan apa-apa.
“Kini, drama kami pun sudah tamat. Hubungan kami kekal profesional sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, sebagai tunjang utama sesebuah drama, mereka juga mempunyai peranan dalam memastikan projek tersebut berjaya dan mendapat sambutan ramai.
“Pada saya, itu bukan gimik. Apa yang kami lakukan hanyalah disebabkan tuntutan kerja. Nak kata selesa atau tidak bila dikaitkan hal seperti ini, saya okay sahaja kerana ia urusan kerja semata.
“Saya rasa, orang di luar pun sudah tahu tugas saya untuk menaikkan sesebuah projek drama. Saya pun nak orang menonton drama ‘Nuh & Nayla’.
“Apapun, niat saya baik dan saya mahu menaikkan drama lakonan saya sendiri,” ujarnya lagi.
Jelas Scha lagi, dia juga tidak mahu terlibat dengan sebarang hal percintaan di set lokasi penggambaran.
“Pada saya, cara saya ini telah berjaya menarik hati para penonton dan membuatkan mereka percaya dengan konten-konten yang saya hasilkan di media sosial.
“Namun, saya hanya menjadi profesional. Saya tidak mahu bercinta di set penggambaran. Saya tak nak cerita-cerita yang tidak baik mengganggu urusan kerja saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Scha turut mengakui dirinya kini punyai hati yang perlu dijaga dan dalam proses mengenali seseorang.
“Susah saya nak jawab tapi ada hati yang perlu saya jaga. Saya masih single tapi ‘not available’. Saya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
“Siapakah orangnya, saya tak boleh bagitahu lagi. Kami baru sahaja berkenalan dan setakat ini dia faham dengan cara kerja saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...