WOW! Kongsi Foto Dengan Jay Park, Satu Lagi Projek ‘Mega Duet’ Yuna?

Share

Penyanyi yang muncul menerusi album terbaru, Yuna sekali lagi membuat para peminat seluruh dunia teruja apala berkongsi sekeping foto bersama penyanyi terkenal Korea Selatan, Jay Park.

Gambar yang dirakam menerusi sebuah studio rakaman itu difahamkan telah diambil dari Seoul, Korea.

“Casual monday with @jparkitrightere,” tulis penyanyi lagu Gadis Ini ringkas.

Malah, bintang Korea Selatan itu turut berkongsi sekeping foto sama, tetapi berlainan sudut.

Serentak dengan perkongsian foto berkenaan, para peminat memberikan reaksi teruja, termasuk rakan selebriti lainnya.

Mei lalu, Yuna mengumumkan mengenai projek album terkini yang bakal dilancarkan Julai depan.

Foto: Instagram Yuna

IKLAN