“Wish You The Very Best, But You Already Have Me,”- Baru Berhijab, Ini Ucapan Sweet Jihan Muse Sempena Hari Jadi Suami

Share

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari kelahiran suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Engku Hariz.

Katanya, dia telah menjumpai lelaki tersebut 12 tahun yang lalu dan kini dia telah menjadi suami serta bapa kepada anaknya yang sinonim dengan panggilan ninja.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Jihan menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.

“This man i met 12 years ago and now he is my husband and the father of my ninja. Dear husband, yesterday was your birthday. I wanted to wish you the very best, but you already have me. No need,” tulisnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan manis Jihan tersebut.

Amboi, tak sangka Jihan ni pun sweet jugak orangnya. Apapun, selamat hari lahir MH ucapkan buat Engku Hariz.

Sumber: Instagram Jihan Muse

IKLAN