“Whatever Happens, Always Stick Together,” – Setahun Bergelar Isteri, Ini Ucapan Sweet Indah Ruhaila Buat Imam Tercinta!

Share

Hari ini genap setahun penyanyi Indah Ruhaila bergelar isteri kepada Shariff Taufik.

Lantas momen indah itu dikongsikan penyanyi yang popular dengan lagu Semua Untuk Cinta di akaun Instagrammya. 

Menariknya, Indah telah memberi ucapan istimewa buat suami tercinta. 

“Ya Allah moga kau limpahkan rahmat,kasih sayang dan redhaMu dlm rumah tangga kami..

Setahun lalu mcm2 rasa ada.. betul ke eh? Tak pasti.. tetapi engkau berikan aku jln yg terbaik.. Sesungguhnya jodoh itu rahsiamu Ya Allah.. Alhamdulillah Ya Allah.. Kau kurniakan aku lelaki ini utk membimbing aku jalanMu Ya Allah.. Moga kau berikan kami.. Moga kau makbulkan kami utk ke rumahMu Ya Allah..,” tulisnya.

Indah juga terus berdoa agar rumah tangga yang dibina kekal selamanya. 

“Moga Allah kekalkan jodoh ini..hingga kita bertemu di syurga..  Moga Allah beri kejayaan dlm setiap apa yang sayang lakukan.. Whatever happens, always be a better person and stick together,” tulisnya lagi. 

Untuk rekod, kedua-dua pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya. 

Foto : IG Indah Ruhaila

IKLAN