“What Is Your Intention..Are You Trying To Tell The Whole World That You Are A G*y? – Zoey Rahman Terima Kecaman

Share

Pelakon Zoey Rahman atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Bin Abd Rahman kini sibuk menjalankan peniagaan pakaian lelaki iaitu Mikawear.

Terbaru Zoey telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Mengejutkan, gambar yang dimuat naik oleh Zoey kelihatan figura seorang lelaki sedang memakai seluar ‘boxer’ sahaja dan tidak berbaju.

“1:30 Ingatkan kat luar je panas, kat dalam pun panas jugakkk @mikawear .#mikawearboxer #mikawear”tulisnya.

Lantas, perkongisan pelakon yang berasal daripada Besut, Terengganu itu telah menerima kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.

Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa pelakon yang berusia 34 tahun itu tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Alahai netizen pun, dah nama pun jual pakaian dalaman lelaki, mesti lah nak kena tunjuk. Kalau tak macam mana orang beli, betul tak?

Foto : Instagram Zoey Rahman

IKLAN