“Welcome Back,” – Little Miss Khan Kembali Ke IG, Tak Sampai 10 Minit, Posting Pertama Raih Ribuan Likes!

Share

Memuat naik foto pertama di Instagram buat pertama kali selepas hampir setahun ‘seyap’, kemunculan Ameera Khan nyata menghilangkan rindu netizen.

Tidak sampai 10 minit berkongsi foto, lebih 500 komen dan hampir 12,000 tanda suka diterima adik kepada pengacara popular, Neelofa itu.

Rata-rata netizen memberikan reaksi di atas kepulangannya ke dunia sosial.

Ameera turut dikenali sinonim dengan panggilan Little Miss Khan di laman Instagram.

Terdahulu, kelibat Ameera di majlis perkahwinan kakaknya nyata mengubat kerinduan netizen.

Neelofa menerusi MH terdahulu ada meminta ramai supaya menghormati pendirian adiknya itu dan akui Ameera akan aktif di media sosial sebagaimana remaja seusianya dalam tempoh terdekat.

Foto : Instagram Ameera Khan

IKLAN