Pelakon jelita, Amyra Rosli berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya kini telah dikejarkan ke hospital selepas diserang sesak nafas pada Sabtu.

Jelas Amyra, dia telah bergegas membawa ibunya itu ke unit kecemasan dan kini sedang menantikan laporan daripada pihak doktor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

“Salam semua, Sorry myra tak sempat reply semua yang tanya keadaan mama. Last night at 1 am, mama was short of breath so we rushed mama to emergency room dan now still waiting for all the results.

“Insyaallah, anything i will update. Tq for your prayers,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon, Sabarlah Duhai Hati itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“We Rushed Mama To Emergency Room,” – Ibu Amyra Rosli Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas “We Rushed Mama To Emergency Room,” – Ibu Amyra Rosli Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas

Dikesempatan itu juga, isteri kepada pelakon, Ammar Baharin ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mengenai kisihatan ibunya itu.

Katanya lagi, dia juga akan berkongsi mengenai perkembangan terkini ibunya itu apabila kepada sudah kembali stabil nanti.

IKLAN

“We Rushed Mama To Emergency Room,” – Ibu Amyra Rosli Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas “We Rushed Mama To Emergency Room,” – Ibu Amyra Rosli Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sesak Nafas

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut malah mereka juga turut memberikan kata-kata semangat buat Amyra dan juga ibunya.

“Semoga dipermudahkan segalanya dan Mama Myra segera sembuh.

IKLAN

“Allahuakbar, semoga Mama Myra lekas sembuh dan sihat wal’afiat. Allahumma Amin. Be strong dear.

“SyafakAllah, semoga diberikan kesembuhan dengan izin-Nya dan dipermudahkan segala urusan.

“Semoga dipertemukan jalan yang terbaik dalam perubatan ya Kak Myra,” antara kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram Amyra Rosli Dan Noor Zaridah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI