Pelakon Aeril Zafrel berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal yang dimasukkan ke hospital awal hari ini.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari, 33, Wawa berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Ads
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Entri sama turut merakamkan isterinya yang terbaring sambil berselimut.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut sama menitipkan ucapan, mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Ads
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur kerana namanya menjadi pilihan untuk menjadi wajah wakilan jenama produk tempatan mahu pun antarabangsa sebagai duta atau projek khas.
Bagaimanapun, Fazley memaklumkan dia sebenarnya meletakkan syarat yang agak ketat sebelum bersetuju untuk menerima sebarang tawaran.
Katanya lagi, sekiranya sesebuah produk itu mempunyai kualiti yang kurang meyakinkan, dia akan menangguhnya terlebih dahulu.
“Memang tidak dinafikan, sekarang ini, saya memang banyak menjadi wakil untuk pelbagai jenama produk. Saya sendiri dah tak terkira berapa bilangannya kerana ia silih berganti. Tamat kontrak dengan sesebuah produk ni, yang lain pula menyusul. Syukur alhamdulillah.
“Namun, saya ini agak berhati-hati sebelum membuat keputusan menjadi wakil buat mana-mana jenama produk. Prinsip saya adalah sebelum membuat sebarang endorsement, saya kena cuba dahulu. Kemudian saya akan buat ‘market research’.
“Saya akan handar produk tersebut kepada kawan-kawan untuk dapatkan maklum balas. Kalau keputusannya kurang meyakinkan, saya akan perbaiki dahulu. Barulah saya akan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama.
“Ada je endorsement yang saya terpaksa elak sama ada kerana kekangan waktu atau saya tidak yakin dengan produk tersebut,” katanya kepada MH.
Juara program, Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Aya Real Food di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa.
Fazley turut menambah, kerjasama tersebut terjalin kerana dia dan pengasas jenama, AYA Real Food, Aishah Ishak mempunyai misi yang sama iaitu untuk mengamalkan budaya pemakanan yang sihat tanpa gluten dan monosodium glutamate (MSG).
“Saya sebenarnya nak bantu orang-orang di luar sana untuk makan secara sihat. Ada je orang berbadan besar tapi dia sihat. Ada juga yang badannya terlalu kurus tapi tak sihat.
“Begitu juga yang saya amalkan kepada anak-anak saya. Dalam masa seminggu, hanya satu atau dua hari sahaja mereka boleh mengambil gula atau pun makanan segera. Lima hari selebihnya, saya tak benarkan langsung. Jadi prosesnya itu seimbang.
“Kalau tak bagi gula langsung, kesian pula. Mereka pun sekarang sedang membesar. Tak bagi makan ‘fast food’, nanti mereka tiada experience pula.
“Kerjasama ini terjalin kerana prisip kami sama. Itu yang saya teruskan juga,” ulasnya lagi.
Kerjasama ini sekaligus menjadi Fazley sebagai duta rasmi dan wakil bagi bagi jenama Aya Real Food yang menampilkan produk seperti sambal pedas dan pes ready cook.
Terdapat beberapa jenis sambal pedas dan pes ready cook antaranya Karashi Bilis, Gilis Rendang dan Kalio.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Namron, 52, teruja dan berbesar hati apabila pertama kali berpeluang memperagakan pakaian jenama Neonate Cloting yang disokong disokong Kamya Glow di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Ahad lalu.
Menurut Namron atau nama sebenar Shahili Abdan, pengalaman ‘catwalk’ di pentas peragaan adalah sesuatu perkara baru yang menyeronokkan.
“Pertama kali sebab sebelum ini saya tak pernah buat modeling lagi. Selalu tengok dekat televisyen sahaja. Jujurnya saya memang dari dulu lagi suka tonton pertunjukan fesyen, tak tahu kenapa. Mungkin kerana ia pun satu bentuk persembahan juga.
“Bila lakukannya secara langsung, saya risau penonton akan gelak, adakah cara jalan saya betul atau tidak. Jangan tersepak kaki tersungkur jatuh di situ. Itu yang membuatkan saya bimbang dan cuba untuk berhati-hati.
“Bagaimanapun apabila masuk ke lorong ‘runway’ kedua, sudah ada keyakinan tak adalah rasa kaku sangat. Tidak ada latihan… saya buat sahaja. Apa pun itu benda baharu bagi saya. Rasa seronoklah,” katanya.
Ditanya soal ketebukaannya di dalam menerima perkara yang kerap melibatkan golongan muda misalnya dalam modeling, pelakon dan pengarah filem One Two Jaga ini menegaskan itu bukan alasan untuk tidak mencuba sesuatu yang baharu.
“Saya senang nak katakan bahawa ‘aku tak tua, tua hanya pada nombor.’ Saya sentiasa meletakkan dalam sebagai ‘orang muda, jiwa muda’. Saya sentiasa berkawan dengan mereka yang lebih muda, kebanyakan berusia 20-an dan 30-an.
“Meski ketika di belakang pentas macam semua muda-muda, aku sahaja tua dekat sini. Tapi okay.
“Tetapi mereka yang sebaya pun berkawan juga, cuma lebih rapat dalam kelompok umur sedemikian, sebab itu jiwa saya suka pada benda yang orang muda buat.
“Bagi saya, tidak salah orang tua bercampur dengan orang muda, sepatutnya tak ada jurang sebab kita pun kena tahu apa berlaku di sekeliling kita,” katanya lagi.
Selain Namron, koleksi 30 rekaan yang diberi nama Noir itu turut dipersembahkan oleh barisan ‘muse’ lain iaitu Abdul Latif Romly, Sabronzo (Dolla), Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek Bosco dan Aidil Maula.
Kerjasama di antara Kamya Glow dan Neonate turut selari dengan matlamat yang mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman.
Malah kolaborasi unik di KLFW ini juga sebagai menyokong semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi di antara dua jenama ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas genap tujuh hari melahirkan cahaya mata kedua, penyanyi, Tasha Manshahar telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.
Menurut Tasha, meskipun majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat, namun, dia tetap menganggapnya sebagai momen yang sangat bermakna.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.
Bagaimanapun, Tasha difahamkan masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak keduanya itu.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga anak-anak Tasha membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat.
“Tengok mulut Mateen macam Muammar juga.
“MasyaAllah tahniah, berseri betul mommy tu.
“Welcome to the world Mateen Rizki dear, Semoga menjadi anak yang soleh kebanggaan keluarga.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Tasha telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 15 November lalu di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.
Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...