Wawa Zainal Kerja Keras Meski Sedang Hamil 4 Bulan, Kuat Sungguh!

Share

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal kini sedang hamil anak ketiga hasil perkahwinan bersama suaminya, Aeril Zafrel.

Menerusi entri terkini Wawa di Instagram, dia telah memuat naik sekeping gambar bersama pengikutnya.

Kongsi bintang filem 99 Kali Rindu itu, dia kini berkerja keras demi keluarga tersayang.

Bintang asal Sabah itu kini sedang hamil 4 bulan.

“pregnant kali ni byk sgt2 berjalan.. harap2 baby baik2 shj dlm tu.

“im so sorry sayang . mama kena kerja kuat bukan utk kita sekeluarga je .. tapi utk team @wawacosmeticshq juga.

“btw bila last kita ibu preggy ni boleh terbang eh? byk betul kena terbang bulan2 akn dtg,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Untuk rekod, Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun.

Foto : Instagram Wawa Zainal

IKLAN