Ads

“Watak Sakinah Ialah Seorang Yang…” – Ini Reaksi Nabila Huda Mengenai Watak Sakinah Di Tangan Maya Karin

Aktres versatil, Nabila Huda yang diakui meletakkan suatu penanda aras yang tinggi menerusi filem Munafik terhadap watak Maria merakamkan rasa gembira apabila filem Munafik 2 mencatat rekod membanggakan.

Meski tidak berapa faham mengenai istilah kutipan wayang, Nabila yang mesra disapa Abil ini bagaimanapun, mengucapkan tahniah kepada produksi filem berkenaan dan mengharapkan fenomena penonton datang membeli tiket untuk menonton di pawagam akak berterusan.

“Watak Sakinah Ialah Seorang Yang…” – Ini Reaksi Nabila Huda Mengenai Watak Sakinah Di Tangan Maya Karin

Ads

“Pastinya saya gembira dengan situasi itu. Dimulai dengan Hantu Kak Limah, kemudian Munafik dan selepas ini penonton pun boleh menonton filem One Two Jaga pula. Karya yang bagus dan penonton yang datang menonton pun ramai. Jadi saya gembira,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap watak Sakinah di tangan Maya Karin, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 berkongsi, kedua watak yang dibawa mereka adalah berbeza.

Ads

“Watak Sakinah dan Maria adalah dua watak berbeza. Watak Sakinah ialah seorang yang wataknya berat saya tengok. Nampak dia punya kelainan dari watak yang pernah dibawanya sebelum ini dan Syamsul juga berjaya memberi Maya suatu watak yang berbeza dan berat.

 

“Penuh dengan emosi jadi good job for her,” ujarnya lagi. 

“Watak Sakinah Ialah Seorang Yang…” – Ini Reaksi Nabila Huda Mengenai Watak Sakinah Di Tangan Maya Karin

Ads

Terdahulu, Munafik 2 turut dibintangi Syamsul Yusof, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan ramai lagi dan setakat hari ini, filem terbitan Skop Production itu telah mengutip lebih RM21.6 juta.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.