Penyanyi dan rapper, Waris berkongsi dia dan isterinya teruja kerana bakal menimang anak kedua mereka bila-bila masa kini.

Mengharapkan agar semuanya dipermudahkan, segala persiapan telah disediakan memandangkan ‘due date’ dijangka pada 1 atau 2 Ogos nanti.

“Anak kedua ini adalah ‘baby girl’ jadi memang seronok. Kalau jadual free memang saya akan duduk di rumah habiskan masa dengan keluarga.

“Kalau nak dibandingkan dengan anak pertama, Muddassir persiapan untuk anak kedua memang lebih mudah sebab dah tahu apa nak dibuat.

“Masa nak sambut Muddassir dulu memang kelam-kabut, masa itu kami dua-dua takde pengalaman. Bayangkan banyak juga barang persiapan lepas bersalin saya tak beli.

“Mujurlah ada ibu mertua dan ibu saya yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” kongsinya kepada Media Hiburan.

Tambahnya lagi, Waris turut berkongsi perasaannya bergelar bapa.

IKLAN

Waris Teruja Nak Timang Baby Girl Ogos Depan!

IKLAN

“Bagi saya masa paling best bergelar seorang ayah apabila kita penat-penat balik kerja kemudian anak yang sambut masa balik. Itu memang ‘the best feeling’ lah.

“Kemudian, bila saya bawa keluarga makan di luar dan lihat anak saya makan penuh berselera membuatkan segala usaha saya kerja ni berbaloi,” kongsinya lagi.

Waris Teruja Nak Timang Baby Girl Ogos Depan!

IKLAN

Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Izzati Amirah Kamaruddin pada Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muddassir yang kini berusia setahun 10 bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Waris bakal muncul dengan single terbaru dan juga turut mempunyai sketsa yang dimuat naik di laman Youtube.

“Sekarang saya sedang mempromosikan Basmallah. Lagu itu saya dapat inspirasi selepas balik daripada menunaikan Umrah. Kemudian, saya ada juga single baru kolaborasi bersama Ayasofia semua watak animasi iaitu lagu bertajuk Emoji.

Paling terbaru, single saya juga tetapi berkolaborasi dengan Zizi Kirana dan Sophia Liana (Defam) bertajuk Terbaik Bosku.

“Selain itu, saya juga Youtube Channel saya iaitu Rap Ke Laut iaitu program sketsa rap saya berkisarkan keadaan dan cara hidup masyarakat sekarang. Setakat ini saya dah buat 3 episode,” akhirinya kepada MH.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI