Pasti ramai yang suka dengan pasangan merpati sejoli ini bukan. Bahkan keduanya, Fazura dan Fattah Amin telah didakwa bakal bertunang.

Malah, persahabatan yang mula terjalin sekitar tujuh bulan lalu terus berpanjangan sehingga sekarang apabila kedua-duanya bukan sekadar sering kali diundang bersama-sama ke sesebuah acara, bahkan saling berbalas-balas komen di laman sosial.

Bagaimanapun , Fazura memberitahu sebuah portal online bahawa supertelefilem terbaharu, Wanita Terindah adalah kemunculan terakhirnya bersama aktor, Fattah Amin.

IKLAN

Wanita Terakhir, Gandingan Terakhir Fazura, Fattah

Dia juga berkata akan mengelak bergandingan dengan aktor itu sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun hadapan.

IKLAN

“Saya boleh katakan, ini adalah projek terakhir kami digandingankan bersama untuk tahun ini.

 
“Saya mahu bergandingan dengan pelakon dan hero lain pula untuk tahun hadapan.

 
“Jadi tiada gandingan kami bersama lagi dalam masa terdekat.

 
“Saya akan mengelak untuk muncul bersama Fattah dalam mana-mana projek kerana saya rasakan kami perlu beri ruang untuk masing-masing berkarya dengan berlainan hero dan heroin.

 
“Ini strategi saya dalam lakonan dan saya tidak mahu peminat muak kerana sering melihat kami bersama,” katanya

Wanita Terakhir, Gandingan Terakhir Fazura, Fattah

IKLAN

Fazura juga berkata bahawa drama terbaru ini berbeza dengan lakonan mereka berdua sebelum ini yang hanya tertumpu kepada kisah percintaan sahaja. Wanita terindah lebih kepada unsur kekeluargaan

“Kami tidak mahu penonton bosan jika asyik lihat kami berlakon sebagai pasangan kekasih sahaja.

 
“Ini adalah kelainan yang cuba kami tampilkan kepada peminat.

 
“Peminat boleh melihat kami dalam watak dan situasi berbeza kali ini di mana kami bukannya sekadar menjual kisah cinta semata-mata,” katanya lagi.

Sumber : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI