Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan anak ke-10 Sultan Brunei itu, Putera Abdul Mateen Bolkiah sememangnya segak dan mencuri perhatian rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi daripada kalangan wanita.

Keberadaan Putera sensasi itu di Malaysia adalah untuk menyertai temasya Sukan SEA 2017, tidak hairanlah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan putera kacak ini.

Sebaik saja Putera Mateen keluar dari khemah khas, Putera Mateen disambut dengan sorakan sekumpulan peminat yang sudah menunggu untuk melihat putera idaman mereka.

Putera Mateen yang tidak lokek melemparkan senyuman serta bergambar bersama peminatnya menjadikan wanita bagaikan dirasuk, semuanya berebut-rebut ingin bergambar dengannya.

Wajah kacak di samping memiliki tubuh yang sasa membuat hati ramai wanita cair.Tambahan pula, Putera berusia 26 tahun itu memberikan layanan yang baik terhadap peminatnya.

IKLAN

Selain itu, pesona sempurna dimiliki putera itu yang aktif bersukan menjadikan Putera Mateen kelihatan hebat di mata peminat fanatiknya.

Video itu mendapat lebih daripada 700 ribu tontonan mendapat pelbagai reaksi memuji ketampanan putera raja itu,malah ada juga yang berkata bahawa Putera Mateen seorang lelaki yang sempurna.

IKLAN

Wanita Histeria Lihat Putera Mateen

Namun, tak kurang juga yang mengecam wanita kerana dikatakan melebih-lebih dan bagaikan tidak mempunyai sifat malu serta segan terhadap kaum lelaki.

IKLAN

Wanita Histeria Lihat Putera Mateen

Putera Mateen akan mewakili skuad polo dalam pertandingan yang berlangsung di Putrajaya Equestrian Park pada 22 hingga 29 Ogos ini.

Tentu ramai yang dah tak sabar-sabar menanti perlawanan acara ekuestrian polo pasukan YB Khairy Jamaluddin (KJ) menentang putera kacak ini kan?

https://www.facebook.com/faamohdjazlan/videos/pcb.283261348825082/283261018825115/?type=3&theater

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI